Search

Monday, 15 April 2013

Minggu 7 (Situasi 5)

Percutian ke Pulau Redang

Semasa cuti pertengahan semester yang lepas, saya dan beberapa rakan telah mengambil peluang ini untuk bercuti di pulau Redang. Kami menaiki bas dari Pekan ke Kuala Besut. Selepas sampai di perhentian bas Kuala Besut, rata-rata penduduk di kawasan tersebut bercakap menggunakan loghat Kelantan berbanding dengan loghat Terengganu. Hal ini demikian kerana, kuala besut terletak bersebelahan dengan Kelantan maka, penduduk di kawasan tersebut menggunakan loghat tersebut juga. Berbanding dengan Kuala Terengganu, penduduk di kawasan tersebut menggunakan loghat Terengganu. 

Selepas sampai di Pulau Perhentian, kami juga berasa terkejut kerana bahasa yang mereka gunakan juga bahasa Kelantan. Kami difahamkan bahawa rata-rata penduduk di sana berasal dari Kelantan dan mereka akan bertutur dalam bahasa tersebut. 








Antara perbualan yang mereka bualkan ialah:
Mr Ong: Mu tau dok ore tu ke dio tok tau rama budok hok nok gi pulau. kejap-kejap hile
Petugas: Yola, tok samo ke cuti kito denge demo tu.

Pada masa itu, saya hanya dapat tangkap beberapa perkataan ini sahaja. masih panjang lagi perbualan mereka. Dan kesemuanya dapat saya fahami. 

Minggu 7( Situasi 4)


Kupasan cerita yang terdapat dalam Novel Aku Bercerita karya Ramlee Awang Murshid Bahagian VI (Aku)


Aku, dalam cerita ini, mengisahkan sebuah cerita dongeng yang wataknya muncul di alam realiti dan tidak mengetahui akan namanya, telah mencuri hasil karya penulis buku ini iaitu Ramlee Awang Murshid. "Aku" dalam cerita ini telah bertindak sebagai "pencuri karya" walaupun dirinya juga salah satu daripada watak yang ditulis oleh penulis buku tersebut. "Aku" tidak mempunyai nama, telah bertindak seperti seorang penulis, juga sebagai manusia biasa, berlegar-legar dalam kalangan manusia. "Aku" juga telah mengalami pelbagai kejadian pelik seperti diburu pembunuh kerana melakukan jenayah mencuri karya orang lain walaupun dirinya beranggapan itu merupakan hasil karyanya. Di akhir cerita, "Aku" telah diberi titik noktah oleh penulis novel dan perlahan-lahan, "Aku" telah hilang dari dunia realiti. 

Penulis telah menggunakan teknik membiarkan watak dalam penulisannya berlegar-legar di dunia realiti dan ini sangat unik kerana jarang ada penulis dapat melakukannya. Hal ini demikian kerana, untuk melakukan teknik ini, penulis memerlukan pemikiran yang sangat tajam berbanding dengan penulis novel yang biasa. Jalan cerita juga kadang-kadang akan dapat mempengaruhi sesebuah novel tersebut. Teknik ini menyebabkan saya semakin teruja untuk mengikuti cerita yang akan diterbitkan oleh penulis ini.

Minggu 7 (Situasi 3)


Kupasan cerita yang terdapat dalam Novel Aku Bercerita karya Ramlee Awang Murshid Bahagian V ( Cut)


Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita yang bernama Cut Asimdar yang hidup bebas di luar negara. Dia didapati telah mengandung dan teman lelakinya, Jeremy John Abdullah  tidak bersedia untuk mengahwininya lagi kerana beranggapan mereka masih lagi muda. Hal ini menyebabakan Cut Asmidar telah mengambil keputusan untuk menanguhkan pengajiannya dan berterus terang dengan bapanya iaitu Ibrahim Fakeh. Hasil berterus terangnya ini telah menyebabkan Cut Asmidar dipaksa kahwin dengan Herman anak pemandu Ibrahim Fakeh untuk menutup malu keluarganya. Hasil perkahwinan ini menyebabkan Cut Asmidar  kembali kepada jalan yang benar kerana perjanjian yang dipersetujui oleh mereka berdua iaitu Cut Asmidar hendaklah sentiasa menemani Herman untuk menunaikan solat. Namun, selepas kelahiran anak, Cut Asmidar dan Herman bercerai dan Cut Asmidar akan membawa anaknya pulang ke England untuk meneruskan pengajiannya. Pada masa yang sama Jeremy John Abdullah muncul bersama ibunya dan mereka melamar Cut Asmidar dan Cut Asmidar menerimanya kerana memikirkan anaknya memerlukan bapa kandung. Pada pengakhiran cerita, Cut Asmidar tidak berlepas ke England kerana dia telah jatuh hati dengan Herman dan anaknya memanggil Herman bapa.

Cerita ini merupakan sebuah drama yang terdapat dalam cerita. Penulis telah memasukkan elemen ini ke dalam penulisannya dan ini menyebabkan cerita ini dapat berjalan dengan baik sekali iaitu serupa dengan realiti dan sukar untuk membayangkan bahawa cerita ini merupakan sebuah drama. Ini dapat membuktikan bahawa kehebatan pentas lakonan yang dapat mempamerkan suka duka seseorang insan yang bernama manusia.

Minggu 7( Situasi 2)


Kupasan cerita yang terdapat dalam Novel Aku Bercerita karya Ramlee Awang Murshid Bahagian IV (Sang Kancil)


Petikan yang terdapat dalam novel Aku Bercerita, "Dalam sastera Melayu klasik, sang kancil merupakan simbol kecerdikan Melayu. Tapi bagi seorang pengkaji Perancis, Dr. Georges Voisset, sang kancil adakalanya termasuk dalam kelompok yang licik dan sadis."

Dalam cerita ini, terdapat seorang pelajar yang bernama Ahmad. Dia seorang yang sangat pelik perwatakannya dan orang-orang kampungnya tidak suka bergaul dengan dirinya. Semasa melintasi laluan di hutan, dia telah bertemu dengan sepasang  burung biru dan seekor kancil. Pertemuan itu telah menyebabkan perubahan pada Ahmad. Dia dianggap gila oleh ahli keluarganya dan adik- beradiknya telah memulau dirinya dan ibu bapanya sangat sedih dengan perubahan perilaku dia. Maka, Ahmad pun telah melarikan dirinya ke dalam hutan, dan sang kancil telah menawar dirinya untuk melatih Ahmad untuk menjadi seorang yang sangat berguna pada masa depan. Selepas mendalami ilmu yang diajarkan oleh haiwan-haiwan yang terdapat di Pelangi Awangan, Ahmad telah belajar untuk meningkatkan dirinya. Dia telah bekerja di sebuah bank di bandar dan di sana terdapat pelbagai dugaan yang harus dia hadapi. Dia beranggan-anggan untuk memiliki sebuah kereta kancil dan cita-cita dia sangant berbeza dengan rakan setugasnya yang mahukan sebuah kereta berjenama. Berlaku satu peristiwa besar semasa Ahmad atau Jasmir bekerja di bank tersebut iaitu bank tersebut telah dirompak. Berkat kecerdikan Jasmir, usaha perompak tersebut untuk merompak bank tersebut gagal. Jasmir telah dianugerahkan sebuah kereta kancil oleh pihak bank atas jasanya dia membendung kejadian rompakan tersebut. Jasmir juga telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat diploma dan perkhabaran ini ternyata sangat mengembirakan ibu bapa dan dirinya. Pada perngakhiran cerita, Ahmad telah membawa ibu bapanya berjumpa dengan sang kancil di  Pelangi Awangan tersebut. Dan ibu bapa Ahmad, ternyata sangat terkejut kerana semua haiwan boleh bertutur.

Kita sebagai seorang manusia hendaklah tahu akan batasan yang tertentu apabila kita mambuat keputusan untuk memiliki sesuatu. Hal ini akan dapat menjamin kesejahteraan hidup kita. Selain itu, apabila ibu bapa menegur, kita hendaklah mengambil nasihatnya tidak kira perasaan kita pada masa itu. Hal ini demikian kerana, apabila ibu bapa menegur kita pada masa itu, perasaan mereka lagi sedih berbanding dengan kita.

Minggu 7 ( Situasi 1)


Kupasan cerita yang terdapat dalam Novel Aku Bercerita karya Ramlee Awang Murshid Bahagian III (Cinta Matiku)


Perjalanan cerita ini berkisar tentang perjuangan seorang anak Melayu mempertahankan kedaulatan negara daripada penceroboh. Hal ini dapat dibuktikan dengan tindakan Tahir yang telah membunuh insan yang dia cinta iaitu Rukiah atau Kalsom(nama palsu) atau Kefira Hebrew(nama sebenar). Akibat pembunuhan ini, Tahir dituduh oleh pekerjanya iaitu Mutu dan dia ditangkap atas tuduhan membunuh. Namun, tiada bukti dijumpai oleh pihak polis menyebabkan Tahir dilepaskan.

Tahir berasa sangat bertanggungjawab untuk melindungi negaranya daripada penceroboh dan dia telah membunuh wanita yang dia sangat cintai tersebut walaupun pengorbanan ini tidak dapat difahami oleh sesiapa pun termasuklah pihak polis. Dia mungkin boleh disabitkan dengan hukuman mati mandatori. Dia masih lagi hendak meneruskan warisan yang ayahnya tinggal jadi dia bertindak sebagai seorang yang tidak waras. Rukiah yang sebenarnya telah mati dibunuh oleh Kefira Hebrew ketika kebakaran yang sengaja dicetuskan oleh Johar iaitu rakan sepasukan Kefira Hebrew.Hal ini mudah dilakukan kerana pada masa itu berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969. Maka, Kefira Hebrew telah berkahwin dengan Tahir dengan menggunakan nama Rukiah. Kefira Hebrew akhirnya benar-benar jatuh cinta dengan Tahir dan Johar sangat marah dengannya. Maka, Johar bertindak untuk membunuh Tahir dan segala usaha Johar tidak menjadi kerana Rukiah atau Kefira Hebrew telah mengagalkan semuanya. 

Pada pengakhiran cerita, Rukiah telah berterus terang dengan Tahir mengenai status dirinya yang dia bukan komunis. Tahir berasa sangat duka cita kerana selama ini dia telah jatuh cinta pada orang yang tidak sepatutnya dia cintai. Maka, untuk menyelamatkan negara tercintanya, Tahir telah mengambil keputusan untuk membunuh cintanya itu walaupun dia sangat cinta akan wanita itu.

Sunday, 14 April 2013

Minggu 6 (Situasi 5)

Kupasan cerita yang terdapat dalam Novel Aku Bercerita karya Ramlee Awang Murshid Bahagian II (Culik)

Dalam cerita culik ini, terdapat beberapa aspek yang diberi perhatian. Antaranya ialah mengenai budaya hidup seseorang yang kaya, seseorang yang melakukuan kesalahan pada masa lampaunya, dan juga seseorang yang hendak membalas dendam. Bagi budaya hidup orang yang kaya, mereka tidak akan menghiraukan perasaan orang lain dan mereka hanya akan mengikut rentak mereka sahaja. Sebagai contohnya, isteri Mizwar iaitu Farah, dia mahukan suaminya memasuki bidang politik kerana inginkan gelaran Datin seperti kawannya. Namun, Mizwar tidak mahu kerana bidang politik mempunyai risikonya sendiri. Bagi Lisa pula, anak Farah dan Mizwar, dia telah membelanjakan wang tersebut dengan sewenang-wenanagnya dengan membelanjakan wang tersebut untuk kawan-kawannya. Dia telah menganggap bahawa kawan-kawannya tersebut sebagai hamba kepadanya dan dia bebas untuk menyuruh kawannya melakukan apa-apa sahaja perintahnya. Hal ini menunjukkan bahawa kuasa wang sangat besar pengaruhnya.

Bagi budaya seseorang yang telah melakukuan kesalahan yang melampau pula, sebagai contohnya, Mizwar telah melakukan pemerdagangan manusia pada masa lampau dan dia berasa sangat takut jika masa lampaunya terdedah kerana ini akan menjejaskan bisnesnya sekarang. Maka, apabila Kasimin muncul, Mizwar segera berasa bahangnya. Hal ini demikian kerana dia takut rahsianya selama ini terbongkar. Maka, dia pun menyogok wang kepada Kasimin. 

Bagi budaya orang yang hendak membalas dendam, mereka akan hidup dalam keadaan yang berwaspada dan curi-curi.Hal ini demikian kerana mereka khuatir rancangan mereka akan diketahui oleh musuh mereka. Sebagainya contohnya, Faizal ingin membalas dendam terhadap Mizwar yang telah menjual dia dan Johan kepada seorang agen untuk dijadikan pelacur. Maka, hal ini menyebabkan dia telah terlibat dalam kegiatan kongsi gelap di luar negara. Sekembalinya dia di negara, dia berhasrat untuk membalas dendam dengan Mizwar yang telah menghancur masa depannya dan Johan. Namun, Faizal telah meninggal dulu sebelum dia sempat untuk membalas dendam. Johan pula mengambil alih tugas tersebut, namun, dia tidak membunuh Mizwar. Dia hanya mahukan pengakuan Mizwar sahaja dan akhirnya dia berjaya memperoleh pengakuan tersebut.

Dalam cerita ini, budaya yang berbeza diamalkan untuk memenuhi jalan cerita yang penuh saspen ini. Hal ini dapat menarik perhatian ramai pembaca untuk mengulas dan menghayati cerita ini.

Minggu 6 (Situasi 4)

Kupasan cerita yang terdapat dalam novel Aku Bercerita karya Ramlee Awang Murshid bahagian I (Bunian)


Cerita pertama yang terdapat novel Aku Bercerita ialah Bunain. Hasil daripada pembacaan saya, saya dapat mengupas sedikit sebanyak mengenai cara hidup antara dua alam iaitu alam manusia dan juga alam bunian. Dalam cerita Bunian tersebut watak utama iaitu Jailani telah jatuh cinta dengan Seri Mayang. Namun mereka tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya adik beradik yang berlainan ibu sahaja. Cara hidup antara alam manusia dengan alam bunian tidak banyak beza dalam novel tersebut. Mereka mengamalkan cara hidup yang berlandaskan agama islam. Yang membezakan antara alam bunian dan manusia hanyalah kekuatan mereka sahaja. Antara alam manusia dan alam bunian, terdapat satu hijab yang mengasingkan kedua-dua alam tersebut. Jika hijab tersebut dirobohkan, maka, akan berlaku peperangan antara dua alam tersebut. Maka, mereka yang berada dalam dua-dua alam tersebut sangat mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Mereka tidak mahu berlaku peperangan antara dua alam tersebut. Berbalik kepada kisah percintaan mereka, mereka bertemu diantara hijab tersebut dan kedua-duanya sangat cinta antara satu sama lain. Terbit rasa cinta diantara mereka berdua. Namun, terdapat halangan antara cinta mereka. Jailani tidak dapat menembusi hijab tersebut dan mereka hanya dapat mendengar suara masing-masing. Hal ini tidak dapat menghalang Jailani untuk bertemu dengan Seri Mayang. Akhirnya mereka dapat bertemu. Jailani kemudiannya diserang oleh sekumpulan penduduk namun dapat ditangkis serangan tersebut. Ketua kampung datang untuk mententeramkan keadaan dan Jailani pengsan kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Hal ini demikian kerana terdapat perbezaan antara alam manusia dengan alam bunian.


Pada pengakhiran cerita, Jailani dan Seri Mayang dapat mengetahui kebenaran iaitu bapa Jailani dan Seri Mayang adalah orang yang sama. Jailani memilih untuk tinggal bersama ibunya di alam bunian dan Seri Mayang pula di alam manusia. Pada akhir cerita, mereka dapat bertemu semula selepas masing-masing di usia emas apabila berlakunya gempa dan menyebabkan ramai yang meninggal.