Search

Monday, 1 April 2013

Minggu 5 (Situasi 5)

Bahasa Rojak

Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya misalnya perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris(kamus dewan edisi keempat).


Bahasa rojak sering digunakan oleh penutur-penutur sekarang. Hal ini demikian kerana, mereka merasakan dengan menggunakan bahasa rojak, mereka akan kelihatan sebagai seseorang yang pandai. Penggunaan bahasa rojak ini juga akan merosakkan bahasa pertama atau ibunda seseorang penutur tersebut. Mereka akan terbiasa dengan bahasa rojak tersebut. Sebagai contohnya, mereka akan menggunakan perkataan "I" untuk menggantikan saya, "U" untuk awak dan pelbagai lagi. Hal ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran bahasa.
Kesimpulannya, bahasa rojak harus ditanggani dengan segera sebelum bahasa ibunda negara tercemar dengan lebih teruk lagi.  

No comments:

Post a Comment