Search

Sunday, 14 April 2013

Minggu 6 (Situasi 5)

Kupasan cerita yang terdapat dalam Novel Aku Bercerita karya Ramlee Awang Murshid Bahagian II (Culik)

Dalam cerita culik ini, terdapat beberapa aspek yang diberi perhatian. Antaranya ialah mengenai budaya hidup seseorang yang kaya, seseorang yang melakukuan kesalahan pada masa lampaunya, dan juga seseorang yang hendak membalas dendam. Bagi budaya hidup orang yang kaya, mereka tidak akan menghiraukan perasaan orang lain dan mereka hanya akan mengikut rentak mereka sahaja. Sebagai contohnya, isteri Mizwar iaitu Farah, dia mahukan suaminya memasuki bidang politik kerana inginkan gelaran Datin seperti kawannya. Namun, Mizwar tidak mahu kerana bidang politik mempunyai risikonya sendiri. Bagi Lisa pula, anak Farah dan Mizwar, dia telah membelanjakan wang tersebut dengan sewenang-wenanagnya dengan membelanjakan wang tersebut untuk kawan-kawannya. Dia telah menganggap bahawa kawan-kawannya tersebut sebagai hamba kepadanya dan dia bebas untuk menyuruh kawannya melakukan apa-apa sahaja perintahnya. Hal ini menunjukkan bahawa kuasa wang sangat besar pengaruhnya.

Bagi budaya seseorang yang telah melakukuan kesalahan yang melampau pula, sebagai contohnya, Mizwar telah melakukan pemerdagangan manusia pada masa lampau dan dia berasa sangat takut jika masa lampaunya terdedah kerana ini akan menjejaskan bisnesnya sekarang. Maka, apabila Kasimin muncul, Mizwar segera berasa bahangnya. Hal ini demikian kerana dia takut rahsianya selama ini terbongkar. Maka, dia pun menyogok wang kepada Kasimin. 

Bagi budaya orang yang hendak membalas dendam, mereka akan hidup dalam keadaan yang berwaspada dan curi-curi.Hal ini demikian kerana mereka khuatir rancangan mereka akan diketahui oleh musuh mereka. Sebagainya contohnya, Faizal ingin membalas dendam terhadap Mizwar yang telah menjual dia dan Johan kepada seorang agen untuk dijadikan pelacur. Maka, hal ini menyebabkan dia telah terlibat dalam kegiatan kongsi gelap di luar negara. Sekembalinya dia di negara, dia berhasrat untuk membalas dendam dengan Mizwar yang telah menghancur masa depannya dan Johan. Namun, Faizal telah meninggal dulu sebelum dia sempat untuk membalas dendam. Johan pula mengambil alih tugas tersebut, namun, dia tidak membunuh Mizwar. Dia hanya mahukan pengakuan Mizwar sahaja dan akhirnya dia berjaya memperoleh pengakuan tersebut.

Dalam cerita ini, budaya yang berbeza diamalkan untuk memenuhi jalan cerita yang penuh saspen ini. Hal ini dapat menarik perhatian ramai pembaca untuk mengulas dan menghayati cerita ini.

No comments:

Post a Comment