Search

Sunday, 14 April 2013

Minggu 6 (Situasi 4)

Kupasan cerita yang terdapat dalam novel Aku Bercerita karya Ramlee Awang Murshid bahagian I (Bunian)


Cerita pertama yang terdapat novel Aku Bercerita ialah Bunain. Hasil daripada pembacaan saya, saya dapat mengupas sedikit sebanyak mengenai cara hidup antara dua alam iaitu alam manusia dan juga alam bunian. Dalam cerita Bunian tersebut watak utama iaitu Jailani telah jatuh cinta dengan Seri Mayang. Namun mereka tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya adik beradik yang berlainan ibu sahaja. Cara hidup antara alam manusia dengan alam bunian tidak banyak beza dalam novel tersebut. Mereka mengamalkan cara hidup yang berlandaskan agama islam. Yang membezakan antara alam bunian dan manusia hanyalah kekuatan mereka sahaja. Antara alam manusia dan alam bunian, terdapat satu hijab yang mengasingkan kedua-dua alam tersebut. Jika hijab tersebut dirobohkan, maka, akan berlaku peperangan antara dua alam tersebut. Maka, mereka yang berada dalam dua-dua alam tersebut sangat mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Mereka tidak mahu berlaku peperangan antara dua alam tersebut. Berbalik kepada kisah percintaan mereka, mereka bertemu diantara hijab tersebut dan kedua-duanya sangat cinta antara satu sama lain. Terbit rasa cinta diantara mereka berdua. Namun, terdapat halangan antara cinta mereka. Jailani tidak dapat menembusi hijab tersebut dan mereka hanya dapat mendengar suara masing-masing. Hal ini tidak dapat menghalang Jailani untuk bertemu dengan Seri Mayang. Akhirnya mereka dapat bertemu. Jailani kemudiannya diserang oleh sekumpulan penduduk namun dapat ditangkis serangan tersebut. Ketua kampung datang untuk mententeramkan keadaan dan Jailani pengsan kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Hal ini demikian kerana terdapat perbezaan antara alam manusia dengan alam bunian.


Pada pengakhiran cerita, Jailani dan Seri Mayang dapat mengetahui kebenaran iaitu bapa Jailani dan Seri Mayang adalah orang yang sama. Jailani memilih untuk tinggal bersama ibunya di alam bunian dan Seri Mayang pula di alam manusia. Pada akhir cerita, mereka dapat bertemu semula selepas masing-masing di usia emas apabila berlakunya gempa dan menyebabkan ramai yang meninggal.

No comments:

Post a Comment