Search

Monday, 1 April 2013

Minggu 6 (Situasi 2)

Budaya membaca

Terlintas seketika budaya membaca di fikiran saya, maka saya mengambil keputusan untuk mengulas sedikit mengenai budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Membaca dapat didefinisikan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.


Semasa hari minggu, saya pergi ke Kuala Lumpur(KL) bersama-sama dengan kawan-kawan. Dalam perjalanan ke sana, saya perhatikan sekeliling dan saya mendapati terdapat seorang wanita pertengahan usia sedang membaca buku. Keadaan pada masa tersebut juga boleh dikatakan sesak dengan kelibat orang yang turun naik KTM tersebut. Dia masih teruskan niat dia lagi untuk membaca bukunya. Dia juga tidak hiraukan pandangan orang di sekelilingnya yang memandangnya. Selain dalam KTM tersebut, saya juga perhatikan akan budaya membaca  dalam kalangan generasi muda. Generasi muda pada masa kini apabila mempunyai masa, mereka akan bermain handphone ataupun ipad mereka. Hal ini menyebabkan budaya membaca dalam kalangan generasi muda semakin terkikis. Maka, untuk menyemarakkan lagi budaya ini, semua pihak hendaklah bersama-sama berganding bahu untuk memupukkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

No comments:

Post a Comment