Search

Wednesday, 27 March 2013

Minggu 5 (Situasi 3)

Mari belajar loghat kedah

        Loghat Kedah ialah bahasa yang dituturkan di negeri Kedah. Terdapat beberapa peraturan yang harus dititikberatkan dalam mempelajari loghat ini iaitu yang pertama Akhiran "a" tetap jadi "a", dak lagu bahasa Malaysia ganti "a" jadi "e". Yang kedua ialah Akhiran "r" jadi "q" (ular=ulaq, pikir=pikiaq, yang ketiga ialah Akhiran "l" jadi "i" (betul=betui, kapal=kapai dan yang terakhir ialah Akhiran "s" jadi "ih" (lepas=lepeh, putus=putuih).

        Ramai rakan-rakan saya yang berasal dari Kedah, dan kebanyakan daripada mereka menggunakan perkataan seperti mai, hang, ayak dan sebagainya. Pada mulanya, saya berasa tidak biasa namun, lama kelamaan, saya macam terikut-ikut cara percakapan mereka itu.

         Kesimpulan yang dapat saya buat adalah loghat Kedah melambangkan identiti negeri Kedah itu sendiri. Hal ini demikian kerana budaya yang berbeza dan juga keadaan geografi yang berbeza menyebabkan loghat sesebuah negeri itu berbeza.

Minggu 5( Situasi 2)

Hukum D-M dalam bahasa Melayu

         Papan tanda pada hari ini tidak mengikut Hukum D-M. Sebagai contohnya, saya mengambil contoh yang terdekat denga kita iaitu Yik Mun Pau. Sepatutnya Pau Yik Mun. Hal ini demikian kerana Pau merupakan kata nama am, dan Yik Mun pula merupakan kata nama Khas. Yang diterang adalah mengenai Pau dan yang menerang adalah Yik Mun.

  
Hukum D-M digolongkan dalam Frasa Nama. Kerap kita mendengar orang berkata ‘goreng pisang’ untuk merujuk kepada frasa nama ‘pisang yang digoreng’. Seharusnya bentuk yang betul ialah ‘pisang goreng’ kerana kita merujuk kata nama ‘pisang’ sedangkan perkataan ‘goreng’ merujuk kata kerja ‘goreng’ dan merupakan penerang bagi perkataan ‘pisang’ dalam frasa berkenaan. Namun disebabkan kebiasaan pertuturan dan diterima, tambahan pula difahami oleh masyarakat, sesetengah kita menerimanya sebagai betul sedangkan hakikatnya dari sudut tatabahasa pembentukannya adalah salah.



Minggu 5( Situasi 1)

Kesalahan ejaan

           Beberapa hari yang lepas, saya pergi ke Watson untuk membeli barang kegunaan harian. Semasa saya sedang memilih barang yang saya inginkan, saya terpandang satu kotak yang bertulis "perawatan rambut rusak". Apakah maksud rusak yang ditulisnya itu?
         
        Selepas berfikir sejenak, maka saya faham bahawa perkataan rusak tersebut adalah rosak. Kesimpulannya, kita sebagai pejuang bahasa seharusnya peka terhadap kesalahan ejaan agar generasi muda sekarang tidak terikut-ikut dengan kesalahan ejaan tersebut. Hal ini demikian kerana, kesalahan ejaan ini akan menyebabkan bahasa Melayu kita terhakis selain masyarakat menganggap bahawa bahasa Melayu tidak penting. Maka, untuk mengatasi masalah ini, pihak pengusaha haruslah memastikan dahulu ejaan yang digunakan sebelum mengeluarkan produk mereka.

Wednesday, 20 March 2013

Minggu 4 ( Situasi 5)

Loghat Kelantan

     Walaupun saya berasal dari kelantan, namun sesetengah loghat kelantan saya sendiri tidak tahu akan maknanya. Antara perkataannya ialah:

 Sumbak = tertekan
Suloh = dahi yg luas
Cakpuh-cakpuh = perbuatan melompat2
Bera = lari bertempiaran

Maka, saya pun cari maksud perkataan tersebut dalam internet. Hasilnya saya sekarang mengetahui akan maksud perkataan-perkataan tersebut.

Tuesday, 19 March 2013

Minggu 4( Situasi 4)

Minum malam

       Saya dan rakan-rakan telah pergi ke kedai mamak untuk membeli minuman. Semasa kami sampai di kedai mamak tersebut, kami pun mencari tempat untuk duduk. Selepas duduk, kami pandang sesama sendiri kerana pelayan kedai tersebut tidak datang mengambil pesanan daripada kami. Selepas beberapa minit berlalu, baru datang seorang pelayan. Kami pun pasan minuman. Kami pesan teh o'ais dua bungkus, dan teh special. Pelayan tersebut kelihatan tidak memahami apa yang kami pesan. Kami pun ulang sekali lagi dan pelayan tersebut pun kata bahawa teh special tiada jual di sana. 

       Kami pun tukar teh special tersebut kepada teh ais. Selepas itu, pelayan tersebut pun pergi membancuh teh tersebut. Seketika kemudian, pelayan tersebut datang balik dan dia tanya kami untuk memastikan pesanan yang kami buat itu betul atau tidak. Selepas membuat bayaran, kami pun pulang.

        Dalam kes ini, pelayan tersebut tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Hal ini menyukarkan kami untuk memastikan apa-apa yang kami pesan itu dapat difahami olehnya. Maka, kita haruslah sentiasa menggunakan bahasa yang senang difahami oleh masyarakat sekeliling kita agar tidak menghadapi kesukaran kelak.

Saturday, 16 March 2013

Minggu 4 (Situasi 3)

Bahasa Bugis dan Bahasa Jawa

       Dalam kelas sosiolinguistik, saya telah mempelajari perkataan dalam bahasa Jawa dan Bahasa Bugis serta Jawa Malaysia. Antara perkataan yang disebutkan oleh senior dalam kelas ialah:

Bahasa Jawa:
Bendoro bermaksud raja atau bangsawan

Bahasa Jawa Malaysia
Lurah bermaksud ketua kampung

Bahasa Bugis
Kare bermaksud tokoh ulama
Karaeng bermaksud raja atau bangsawan
Daeng bermaksud shah bandar











Hasil daripada kelas sosiolinguistik, saya dapat mempelajari strata masyarakat yang terdapat di Malaysia. Selain itu, saya juga menambahkan lagi pengetahuan saya.

Tuesday, 12 March 2013

Minggu 4 (Situasi 2)

Sikap tolong menolong  

        Hari ini, saya dan rakan-rakan telah pergi makan dekat Taman Universiti. Cuaca pada hari ini juga mendung dan kami tidak membawa payung. Pada anggapan kami, hujan tidak akan turun. Semasa kami sampai di kedai makan tersebut, kedai tersebut sudah penuh. kami pun memilih untuk duduk dekat luar kedai tersebut. Kami sempat juga berbual-bual sambil makan. Semasa kami makan, hujan tiba-tiba turun dengan lebat, kami pun beralih tempat ke dalam kedai tersebut. Selepas kami habis makan, hujan masih lagi lebat, dan kami mengambil keputusan untuk pulang. 
        
         


Semasa kami membayar, tuan kedai tersebut telah pinjamkan kami tiga batang payung untuk pulang ke rumah. Ini adalah perbualan antara kami dengan tuan kedai tersebut.

Tuan kedai: kamu ambil dulu la payung tersebut untuk pulang ke rumah, nanti baru hantar balik.
kami: Uncle ada lagi ke payung untuk pulang ke rumah??
Tuan kedai: ada banyak lagi. Kamu guna dulu payung tersebut. Tak pe...
Kami: Ok, terima kasih uncle..nanti esok kami pulang payung tersebut.

            Ini adalah satu contoh sikap saling tolong menolong antara penduduk setempat dengan pelajar Universiti. Sikap ini sudah semakin kurang orang mengamalkannya kerana masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Budaya tolong menolong ini sangat penting dan sudah jarang diamalkan oleh masyarakat sekarang. Sebagai generasi muda sekarang, kita haruslah sentiasa mengamalkan sikap- sikap yang murni ini agar tidak lenyap. Hal ini demikian kerana, sikap ini mencerminkan kesantunan masyarakat Malaysia yang penuh dengan sikap dan juga nilai murni.

Monday, 11 March 2013

Minggu 4 (Situasi 1)

Dua hari di Ipoh

          Pada hari sabtu dan ahad yang lepas, saya dan rakan-rakan telah pergi ke Ipoh untuk bermain. Kami pergi sana selama 2 hari 1 malam. Semasa kami sampai dekat Ipoh, ibu rakan saya dan juga rakanya telah mengambil kami untuk balik ke rumah rakan saya. Kami berehat selama satu jam sebelum kami meneruskan perjalanan ke pusat membeli belah. Semasa dalam perjalanan ke pusat membeli belah, rakan kawan saya, namanya K, telah menceritakan tentang perkembangan bandar Ipoh kepada kami. Dia memberitahu kami tentang setiap perkembangan yang berlaku di bandar Ipoh. 

           Dari pengamatan saya, ada sesetengah kawasan di bandar Ipoh penduduknya padat dan sesetengah kawasan pula penduduknya jarang dan tidak ramai. Menurut K, perkembangan di Ipoh sederhana kerana di sesetengah kawasan, ramai pemuda telah berpindah ke kawasan yang lain. Ini mengakibatkan kawasan tersebut kebanyakannya merupakan warga pertengahan usia dan juga warga emas. K telah membawa kami ke sebuah pusat membeli belah yang terbesar di Malaysia iaitu Aeon Mall.
           Pusat membeli belah itu sememangnya besar. Kami hanya sempat jalan-jalan sekejap sahaja kerana ada banyak lagi tempat yang kami hendak melawat. Selepas itu, kami pergi pula ke pusat membeli belah Jasco. Menurut K, dua tahun lepas, pusat membeli belah tersebut mempunyai ramai pengunjung, ramai peniaga seperti Burger King juga adan buka dekat sana, namun, selepas bukanya kawasan atau pusat membeli belah yang lebih besar, Burger King telah menarik diri daripada Jasco tersebut dan semakin sedikit pengunjung yang mengunjungi kawasan tersebut. Sebelum sampai dekat pusat membeli belah tersebut, K telah membawa kami melawat sebuah tempat yang sama dengan I-City. Menurut K, kawasan tersebut dibangunkan dulu sebelum beberapa orang yang bertanggungjawab menarik diri. Kawasan tersebut sememangnya cantik dan sama dengan i-city. Kawasan tersebut juga menjadi tumpuan keluarga untuk meluangkan masa bersama.
         
         Pada keesokan harinya,K juga telah membawa kami melawat di gua-gua yang terdapat di Ipoh seperti Buddhist cave tamples,Gunung Lang dan sebagainya lagi. Sebelum sampai, kami terlebih dahulu pergi bersarapan di sebuah kawasan yang sangat terkenal di Ipoh iaitu di bawah pokok yang berusia ratusan tahun. Makanan-makanan tersebut termasuklah laksa penang, air kacang merah, nasi ayam dan banyak lagi. Makanan tersebut kebanyakannya sama dengan makanan Melayu tetapi diubahsuai bahan-bahannya sahaja. Selepas kami kenyang, kami meneruskan perjalanan ke gua-gua. Semasa kami sampai di sebuah gua, kami melihat sekumpulan pengunjung telah memberi makanan kepada monyet yang terdapat di gua tersebut. Pelancong tersebut tidak mengendahkan papan tanda yang terdapat di sana. Mereka terus sahaja memberikan binatang tersebut makanan. Hal ini akan menyebabkan monyet tersebut menjadi garang dan boleh mencederakan pengunjung. 
  







           Semasa mengunjungi bandar Ipoh, bahasa yang harus kita ucapkan adalah bahasa kantonis. Hal ini demikian kerana semua atau kebanyakan restoran atau kedai makan di sana menggunakan bahasa tersebut untuk berkomunikasi. Mereka jarang sekali menggunakan bahasa Mandarin untuk berkomunikasi dan ini menyukarkan saya untuk memahami berbanding dengan rakan-rakan saya yang memahaminya. 

          Kesimpulannya, kunjungan saya ke Ipoh telah memberikan saya banyak pengetahuan tentang pertumbuhan bandar Ipoh tersebut dan budaya mereka. 

Saturday, 9 March 2013

Minggu 3 (Situasi 5)

Penggunaan bahasa yang sesuai dengan masyarakat sekeliling.

       Semasa kita berada dalam masyarakat yang majoritinya masyarakat Melayu, kita hendaklah menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan mereka. Hal ini demikian kerana, penggunaan bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan negara. Kita akan menggunakan bahasa yang dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat berbanding dengan menggunakan bahasa yang tidak difahami oleh masyarakat. sebagai contohnya, semasa saya bergaul dengan rakan-rakan yang berbangsa Melayu ataupun rakan-rakan dari kaum lain, saya akan menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan mereka. Hal ini memudahkan mereka untuk memahami apa yang hendak saya sampaikan kepada mereka. Selain bahasa Melayu, saya juga akan menggunakan bahasa Mandarin untuk berkomunikasi dengan rakan sebilik saya. Sebagai contohnya, Rakan J: vina, 你在哪里???我们等一下要去图书馆,你要去吗?? Saya :我现在在家,你们几点要去?Itu antara perbualan yang kami bualkan semasa semua orang tiada kelas. Hal ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara kami malahan dapat juga meningkatkan lagi penguasaan saya dalam bahasa mandarin.

        Penggunaan bahasa yang sesuai dengan masyarakat sekeliling bukan sahaja memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan mereka, malahan ini akan memberikan kita satu bonus kerana dapat menguasai bahasa selain bahasa ibunda kita. Dengan mempelajari bahasa selain bahasa ibunda kita, kita akan mudah untuk pergi ke mana-mana sahaja selain dapat mengeratkan hubungan kita dengan masyarakat sekeliling kita. 

          Kesimpulannya,penggunaan bahasa yang sesuai dengan masyarakat sekeliling dengan kita bukan sahaja akan dapat meningkatkan perpaduan antara masyarakat, malahan kita juga dapat menggunakan bahasa tersebut untuk melakukan kerja amal.

Minggu 3 (Situasi 4)

Penggunaan singkatan bahasa dan bahasa rojak dalam sistem pesanan ringkas dan Facebook.


         Sistem pesanan ringkas atau lebih dikenali sebagai sms sangat penting kepada semua golongan masyarakat pada masa ini. Hal ini demikian kerana semua golongan tidak kira tua atau muda malahan kanak-kanak sekalipun pada zaman ini sudah pandai menggunakan sms. Ramai ibu bapa sudah pun memberikan mereka pendedahan tentang teknologi maklumat seawal usia tiga atau empat tahun. Maka, mereka akan menjadi sangat pandai dan dapat menguasainya dengan mudah. Selain daripada sms, dalam facebook juga masyarakat sekarang ada menggunakan bahasa ringkas dan bahasa rojak iaitu bahasa english dengan bahasa Melayu.

              Penggunaan singkatan seperti "bt"-Buat, "nk"- Nak, "asgnmt"- assignment dan sebagainya. Hal ini bukan sahaja akan menjejaskan mutu bahasa Melayu, malahan ini akan menjadi ikutan kepada generasi muda. Selain itu, penggunaan bahasa Rojak seperti bahasa Inggeris dan bahasa Melayu juga sudah mula merebak di antara pengguna FB.  Selain bahasa Inggeris, bahasa Mandarin juga sering digunakan oleh masyarakat bukan Melayu dengan bahasa Inggeris serta bahasa Melayu. Penggunaan bahasa tersebut sangat kerap digunakan bagi pelbagai tujuan seperti untuk berbual dengan rakan-rakan, melakukan perbincangan dan sebagainya dengan rakan-rakan. Mereka menggunakan bahasa tersebut untuk menjimatkan kos selain memudahkan segala kerja dijalankan.
            Kesimpulannya, bahasa rojak dan bahasa singkatan sangat kerap digunakan oleh masyarakat pada masa kini. Mereka akan berasa mesra apabila menggunakan bahasa tersebut. Jika perkara ini tidak dibenteras, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta bahasa lain-lain akan mengalami pencemaran.

Thursday, 7 March 2013

Minggu 3 (Situasi 3)

Warga emas

         Pada hari rabu, selepas saya dan kawan saya pergi ke pasar, kami pun menaiki motorsikal untuk ke bank untuk mengemaskini akaun bank. Kawan saya pergi ke bank tersebut sementara saya menunggu kawan saya dekat luar kerana cuaca dekat sana sangat panas dak kesukaran untuk mencari tempat meletak motorsikal. Hal ini memaksa saya untuk meletakkan motorsikal saya dekat tempat yang jauh dari bank tersebut. Sementara menunggu rakan saya siap mengurus hal dia, saya mengambil kesempatan tersebut untuk pergi membeli surat khabar. Kedai surat khabar tersebut dijaga oleh seorang nenek tua. Nenek tersebut duduk berhampiran dengan surat khabar. 

         Apabila saya mengambil surat khabar dan sebuah buku Infiniti untuk dibayar, nenek tersebut bertanyakan pelbagai soalan kepada saya. Antara pertanyaannya ialah seperti perkataan ini macam mana hendak baca, berapa harga buku ini, apa nama buku ini dan apa yang terkandung dalam buku tersebut. Nenek tersebut telah bertanyakan saya soalan tersebut berulang-ulang kali. Saya pun memberitahu nenek tersebut akan kandungan yang terdapat dalam buku tersebut dan menerangkan tentang isi yang terdapat dalam buku tersebut. Selain itu, saya juga telah mengajar nenek tersebut untuk menyebut perkataan seperti Infiniti dan Harga. Selepas membayar, nenek tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada saya, dan hal ini menyebabkan saya berasa gembira kerana dapat menolong orang yang memerlukan selain mengajar cara untuk menbaca. Hari tersebut merupakan hari yang sangat gembira bagi saya.

      Dalam kes ini, semua pihak wajar untuk menolong sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan kita. Hal ini dapat menunjukkan bahawa sikap prihatin kita terhadap masyarakat tidak kira muda atau tua disamping dapat meningkatkan lagi budi bahasa kita pada pandang masyarakat luar.

        Kesimpulannya, sikap prihatin sangat penting dalam masyarakat yang majmuk seperti negara kita iaitu Malaysia. Hal ini demikian kerana negara kita mempunyai pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai kaum dan agama.

Minggu 3 (Situasi 2)

 Peristiwa di Pasar Tanjong Malim

      Pada hari Rabu, saya pergi ke pekan Tanjong Malim untuk temankan rakan membeli ikan untuk memasak.  Apabila kami masuk ke dalam pasar tersebut, kebanyakan peniaga sudah mengemas barang niagaan mereka. Kami pun carilah tempat yang menjual ikan. Terdapat sebuah gerai yang menjual ikan itu sangat ramah dengan kami. Kami membeli ikan untuk enam orang makan dan pak cik tersebut kata semuanya RM6, namun apabila kami bayar, pak cik tersebut kata Rm 5 sahaja dan RM 1 lagi tu dia kata percuma. Bertuah sungguh pada hari itu sebab dapat beli ikan yang murah dan banyak pula tu. 
          
     Selepas kami membeli ikan, kami pun pergi mencari limau kasturi pula. Apabila kami sampai dekat gerai yang menjual limau kasturi tersebut, cuma tinggal satu pinggan saja lagi limau tersebut. Jadi kami pun mengambilnya. Semasa membayar, kawan saya melihat sekeliling untuk melihat apa-apa yang hendak dibelinya, peniaga tersebut memanggil kawan saya sebagai "Aunty" semasa hendak pulangkan duit baki. Kawan saya macam terkejut sedikit sebelum kami berdua ketawa. Selepas kami beredar dari gerai tersebut, kawan saya ada menyatakan yang dia sangat sedih sebab dipanggil sebagai "Aunty" oleh peniaga tersebut. ^^

     Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Dalam kes ini, peniaga tersebut digalakkan untuk menggunakan gelaran pergaulan bebas seperti cik untuk perempuan dan encik untuk lelaki. Hal ini demikian kerana dengan panggilan tersebut, pelanggan akan kerap mengunjungi gerai mereka.
    
 Kesimpulannya, panggilan sangat penting untuk memastikan pelanggan tidak berasa tersinggung dengan layanan yang diberi.

Wednesday, 6 March 2013

Minggu 3( Situasi 1)

Perkataan "Batal" dan "Bantal".



     Saya dan kawan-kawan pergi ke sebuah kedai di sekitar Tanjong Malim untuk membeli keperluan seharian. Sambil membeli barang keperluan seharian saya juga sempat melihat bantal kerana bantal yang saya bawa dari rumah sudah sedikit nipis dan tidak selesa apabila digunakan. 
        
Semasa melintas di kedai tersebut, saya ternampak sebuah label yang menulis perkataan "Batal". Pada mulanya, saya tidak perasaan akan perkataan tersebut, namun, apabila melihat semula saya berasa pelik apabila tempat tersebut letaknya bantal. Saya melihat sekali lagi bagi mengenalpasti yang saya tidak tersalah melihatnya. Saya juga ada menberitahu kawan saya mengenai kesalahan itu dan mereka juga mengiakannya.

          Perkataan "batal" mempunyai maksud yang berlainan dengan perkataan "bantal".
          "Batal" bermaksud tidak sah atau tidak berlaku lagi. Manakala perkataan "Bantal" pula bermaksud dakap, kapuk;bantal untuk didakap dan depa untuk ukuran besar(benda bulat) serta sebagainya lagi maksudnya. Penyalahan penggunaan perkataan tersebut akan mengelirukan pelanggan malahan akan menyebabkan kemerosotan dalam penggunaan bahasa Melayu.


 Maka, hal ini dapat dirumuskan bahawa sebelum kita meletakkan tanda pada sesuatu benda, kita harus memastikan setiap perkataan yang kita tulis itu betul dulu sebelum meletakkannya di khalayak umum.