Search

Saturday, 9 March 2013

Minggu 3 (Situasi 5)

Penggunaan bahasa yang sesuai dengan masyarakat sekeliling.

       Semasa kita berada dalam masyarakat yang majoritinya masyarakat Melayu, kita hendaklah menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan mereka. Hal ini demikian kerana, penggunaan bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan negara. Kita akan menggunakan bahasa yang dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat berbanding dengan menggunakan bahasa yang tidak difahami oleh masyarakat. sebagai contohnya, semasa saya bergaul dengan rakan-rakan yang berbangsa Melayu ataupun rakan-rakan dari kaum lain, saya akan menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan mereka. Hal ini memudahkan mereka untuk memahami apa yang hendak saya sampaikan kepada mereka. Selain bahasa Melayu, saya juga akan menggunakan bahasa Mandarin untuk berkomunikasi dengan rakan sebilik saya. Sebagai contohnya, Rakan J: vina, 你在哪里???我们等一下要去图书馆,你要去吗?? Saya :我现在在家,你们几点要去?Itu antara perbualan yang kami bualkan semasa semua orang tiada kelas. Hal ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara kami malahan dapat juga meningkatkan lagi penguasaan saya dalam bahasa mandarin.

        Penggunaan bahasa yang sesuai dengan masyarakat sekeliling bukan sahaja memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan mereka, malahan ini akan memberikan kita satu bonus kerana dapat menguasai bahasa selain bahasa ibunda kita. Dengan mempelajari bahasa selain bahasa ibunda kita, kita akan mudah untuk pergi ke mana-mana sahaja selain dapat mengeratkan hubungan kita dengan masyarakat sekeliling kita. 

          Kesimpulannya,penggunaan bahasa yang sesuai dengan masyarakat sekeliling dengan kita bukan sahaja akan dapat meningkatkan perpaduan antara masyarakat, malahan kita juga dapat menggunakan bahasa tersebut untuk melakukan kerja amal.

No comments:

Post a Comment