Minum malam
Saya dan rakan-rakan telah pergi ke kedai mamak untuk membeli minuman. Semasa kami sampai di kedai mamak tersebut, kami pun mencari tempat untuk duduk. Selepas duduk, kami pandang sesama sendiri kerana pelayan kedai tersebut tidak datang mengambil pesanan daripada kami. Selepas beberapa minit berlalu, baru datang seorang pelayan. Kami pun pasan minuman. Kami pesan teh o'ais dua bungkus, dan teh special. Pelayan tersebut kelihatan tidak memahami apa yang kami pesan. Kami pun ulang sekali lagi dan pelayan tersebut pun kata bahawa teh special tiada jual di sana.
Kami pun tukar teh special tersebut kepada teh ais. Selepas itu, pelayan tersebut pun pergi membancuh teh tersebut. Seketika kemudian, pelayan tersebut datang balik dan dia tanya kami untuk memastikan pesanan yang kami buat itu betul atau tidak. Selepas membuat bayaran, kami pun pulang.
Dalam kes ini, pelayan tersebut tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Hal ini menyukarkan kami untuk memastikan apa-apa yang kami pesan itu dapat difahami olehnya. Maka, kita haruslah sentiasa menggunakan bahasa yang senang difahami oleh masyarakat sekeliling kita agar tidak menghadapi kesukaran kelak.
No comments:
Post a Comment