Search

Thursday, 7 March 2013

Minggu 3 (Situasi 3)

Warga emas

         Pada hari rabu, selepas saya dan kawan saya pergi ke pasar, kami pun menaiki motorsikal untuk ke bank untuk mengemaskini akaun bank. Kawan saya pergi ke bank tersebut sementara saya menunggu kawan saya dekat luar kerana cuaca dekat sana sangat panas dak kesukaran untuk mencari tempat meletak motorsikal. Hal ini memaksa saya untuk meletakkan motorsikal saya dekat tempat yang jauh dari bank tersebut. Sementara menunggu rakan saya siap mengurus hal dia, saya mengambil kesempatan tersebut untuk pergi membeli surat khabar. Kedai surat khabar tersebut dijaga oleh seorang nenek tua. Nenek tersebut duduk berhampiran dengan surat khabar. 

         Apabila saya mengambil surat khabar dan sebuah buku Infiniti untuk dibayar, nenek tersebut bertanyakan pelbagai soalan kepada saya. Antara pertanyaannya ialah seperti perkataan ini macam mana hendak baca, berapa harga buku ini, apa nama buku ini dan apa yang terkandung dalam buku tersebut. Nenek tersebut telah bertanyakan saya soalan tersebut berulang-ulang kali. Saya pun memberitahu nenek tersebut akan kandungan yang terdapat dalam buku tersebut dan menerangkan tentang isi yang terdapat dalam buku tersebut. Selain itu, saya juga telah mengajar nenek tersebut untuk menyebut perkataan seperti Infiniti dan Harga. Selepas membayar, nenek tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada saya, dan hal ini menyebabkan saya berasa gembira kerana dapat menolong orang yang memerlukan selain mengajar cara untuk menbaca. Hari tersebut merupakan hari yang sangat gembira bagi saya.

      Dalam kes ini, semua pihak wajar untuk menolong sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan kita. Hal ini dapat menunjukkan bahawa sikap prihatin kita terhadap masyarakat tidak kira muda atau tua disamping dapat meningkatkan lagi budi bahasa kita pada pandang masyarakat luar.

        Kesimpulannya, sikap prihatin sangat penting dalam masyarakat yang majmuk seperti negara kita iaitu Malaysia. Hal ini demikian kerana negara kita mempunyai pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai kaum dan agama.

No comments:

Post a Comment