Search

Wednesday, 27 March 2013

Minggu 5( Situasi 2)

Hukum D-M dalam bahasa Melayu

         Papan tanda pada hari ini tidak mengikut Hukum D-M. Sebagai contohnya, saya mengambil contoh yang terdekat denga kita iaitu Yik Mun Pau. Sepatutnya Pau Yik Mun. Hal ini demikian kerana Pau merupakan kata nama am, dan Yik Mun pula merupakan kata nama Khas. Yang diterang adalah mengenai Pau dan yang menerang adalah Yik Mun.

  
Hukum D-M digolongkan dalam Frasa Nama. Kerap kita mendengar orang berkata ‘goreng pisang’ untuk merujuk kepada frasa nama ‘pisang yang digoreng’. Seharusnya bentuk yang betul ialah ‘pisang goreng’ kerana kita merujuk kata nama ‘pisang’ sedangkan perkataan ‘goreng’ merujuk kata kerja ‘goreng’ dan merupakan penerang bagi perkataan ‘pisang’ dalam frasa berkenaan. Namun disebabkan kebiasaan pertuturan dan diterima, tambahan pula difahami oleh masyarakat, sesetengah kita menerimanya sebagai betul sedangkan hakikatnya dari sudut tatabahasa pembentukannya adalah salah.



No comments:

Post a Comment