Penggunaan singkatan bahasa dan bahasa rojak dalam sistem pesanan ringkas dan Facebook.
Sistem pesanan ringkas atau lebih dikenali sebagai sms sangat penting kepada semua golongan masyarakat pada masa ini. Hal ini demikian kerana semua golongan tidak kira tua atau muda malahan kanak-kanak sekalipun pada zaman ini sudah pandai menggunakan sms. Ramai ibu bapa sudah pun memberikan mereka pendedahan tentang teknologi maklumat seawal usia tiga atau empat tahun. Maka, mereka akan menjadi sangat pandai dan dapat menguasainya dengan mudah. Selain daripada sms, dalam facebook juga masyarakat sekarang ada menggunakan bahasa ringkas dan bahasa rojak iaitu bahasa english dengan bahasa Melayu.
Penggunaan singkatan seperti "bt"-Buat, "nk"- Nak, "asgnmt"- assignment dan sebagainya. Hal ini bukan sahaja akan menjejaskan mutu bahasa Melayu, malahan ini akan menjadi ikutan kepada generasi muda. Selain itu, penggunaan bahasa Rojak seperti bahasa Inggeris dan bahasa Melayu juga sudah mula merebak di antara pengguna FB. Selain bahasa Inggeris, bahasa Mandarin juga sering digunakan oleh masyarakat bukan Melayu dengan bahasa Inggeris serta bahasa Melayu. Penggunaan bahasa tersebut sangat kerap digunakan bagi pelbagai tujuan seperti untuk berbual dengan rakan-rakan, melakukan perbincangan dan sebagainya dengan rakan-rakan. Mereka menggunakan bahasa tersebut untuk menjimatkan kos selain memudahkan segala kerja dijalankan.
Kesimpulannya, bahasa rojak dan bahasa singkatan sangat kerap digunakan oleh masyarakat pada masa kini. Mereka akan berasa mesra apabila menggunakan bahasa tersebut. Jika perkara ini tidak dibenteras, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta bahasa lain-lain akan mengalami pencemaran.
.jpg)

No comments:
Post a Comment