Sikap tolong menolong
Hari ini, saya dan rakan-rakan telah pergi makan dekat Taman Universiti. Cuaca pada hari ini juga mendung dan kami tidak membawa payung. Pada anggapan kami, hujan tidak akan turun. Semasa kami sampai di kedai makan tersebut, kedai tersebut sudah penuh. kami pun memilih untuk duduk dekat luar kedai tersebut. Kami sempat juga berbual-bual sambil makan. Semasa kami makan, hujan tiba-tiba turun dengan lebat, kami pun beralih tempat ke dalam kedai tersebut. Selepas kami habis makan, hujan masih lagi lebat, dan kami mengambil keputusan untuk pulang.
Semasa kami membayar, tuan kedai tersebut telah pinjamkan kami tiga batang payung untuk pulang ke rumah. Ini adalah perbualan antara kami dengan tuan kedai tersebut.
Tuan kedai: kamu ambil dulu la payung tersebut untuk pulang ke rumah, nanti baru hantar balik.
kami: Uncle ada lagi ke payung untuk pulang ke rumah??
Tuan kedai: ada banyak lagi. Kamu guna dulu payung tersebut. Tak pe...
Kami: Ok, terima kasih uncle..nanti esok kami pulang payung tersebut.
Ini adalah satu contoh sikap saling tolong menolong antara penduduk setempat dengan pelajar Universiti. Sikap ini sudah semakin kurang orang mengamalkannya kerana masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Budaya tolong menolong ini sangat penting dan sudah jarang diamalkan oleh masyarakat sekarang. Sebagai generasi muda sekarang, kita haruslah sentiasa mengamalkan sikap- sikap yang murni ini agar tidak lenyap. Hal ini demikian kerana, sikap ini mencerminkan kesantunan masyarakat Malaysia yang penuh dengan sikap dan juga nilai murni.
No comments:
Post a Comment