Mari belajar loghat kedah
Loghat Kedah ialah bahasa yang dituturkan di negeri Kedah. Terdapat beberapa peraturan yang harus dititikberatkan dalam mempelajari loghat ini iaitu yang pertama Akhiran "a" tetap jadi "a", dak lagu bahasa Malaysia ganti "a" jadi "e". Yang kedua ialah Akhiran "r" jadi "q" (ular=ulaq, pikir=pikiaq, yang ketiga ialah Akhiran "l" jadi "i" (betul=betui, kapal=kapai dan yang terakhir ialah Akhiran "s" jadi "ih" (lepas=lepeh, putus=putuih).
Ramai rakan-rakan saya yang berasal dari Kedah, dan kebanyakan daripada mereka menggunakan perkataan seperti mai, hang, ayak dan sebagainya. Pada mulanya, saya berasa tidak biasa namun, lama kelamaan, saya macam terikut-ikut cara percakapan mereka itu.
Kesimpulan yang dapat saya buat adalah loghat Kedah melambangkan identiti negeri Kedah itu sendiri. Hal ini demikian kerana budaya yang berbeza dan juga keadaan geografi yang berbeza menyebabkan loghat sesebuah negeri itu berbeza.

No comments:
Post a Comment