Dua hari di Ipoh
Pada hari sabtu dan ahad yang lepas, saya dan rakan-rakan telah pergi ke Ipoh untuk bermain. Kami pergi sana selama 2 hari 1 malam. Semasa kami sampai dekat Ipoh, ibu rakan saya dan juga rakanya telah mengambil kami untuk balik ke rumah rakan saya. Kami berehat selama satu jam sebelum kami meneruskan perjalanan ke pusat membeli belah. Semasa dalam perjalanan ke pusat membeli belah, rakan kawan saya, namanya K, telah menceritakan tentang perkembangan bandar Ipoh kepada kami. Dia memberitahu kami tentang setiap perkembangan yang berlaku di bandar Ipoh.
.JPG)
Dari pengamatan saya, ada sesetengah kawasan di bandar Ipoh penduduknya padat dan sesetengah kawasan pula penduduknya jarang dan tidak ramai. Menurut K, perkembangan di Ipoh sederhana kerana di sesetengah kawasan, ramai pemuda telah berpindah ke kawasan yang lain. Ini mengakibatkan kawasan tersebut kebanyakannya merupakan warga pertengahan usia dan juga warga emas. K telah membawa kami ke sebuah pusat membeli belah yang terbesar di Malaysia iaitu Aeon Mall.
Pusat membeli belah itu sememangnya besar. Kami hanya sempat jalan-jalan sekejap sahaja kerana ada banyak lagi tempat yang kami hendak melawat. Selepas itu, kami pergi pula ke pusat membeli belah Jasco. Menurut K, dua tahun lepas, pusat membeli belah tersebut mempunyai ramai pengunjung, ramai peniaga seperti Burger King juga adan buka dekat sana, namun, selepas bukanya kawasan atau pusat membeli belah yang lebih besar, Burger King telah menarik diri daripada Jasco tersebut dan semakin sedikit pengunjung yang mengunjungi kawasan tersebut. Sebelum sampai dekat pusat membeli belah tersebut, K telah membawa kami melawat sebuah tempat yang sama dengan I-City. Menurut K, kawasan tersebut dibangunkan dulu sebelum beberapa orang yang bertanggungjawab menarik diri. Kawasan tersebut sememangnya cantik dan sama dengan i-city. Kawasan tersebut juga menjadi tumpuan keluarga untuk meluangkan masa bersama.

Pada keesokan harinya,K juga telah membawa kami melawat di gua-gua yang terdapat di Ipoh seperti Buddhist cave tamples,Gunung Lang dan sebagainya lagi. Sebelum sampai, kami terlebih dahulu pergi bersarapan di sebuah kawasan yang sangat terkenal di Ipoh iaitu di bawah pokok yang berusia ratusan tahun. Makanan-makanan tersebut termasuklah laksa penang, air kacang merah, nasi ayam dan banyak lagi. Makanan tersebut kebanyakannya sama dengan makanan Melayu tetapi diubahsuai bahan-bahannya sahaja. Selepas kami kenyang, kami meneruskan perjalanan ke gua-gua. Semasa kami sampai di sebuah gua, kami melihat sekumpulan pengunjung telah memberi makanan kepada monyet yang terdapat di gua tersebut. Pelancong tersebut tidak mengendahkan papan tanda yang terdapat di sana. Mereka terus sahaja memberikan binatang tersebut makanan. Hal ini akan menyebabkan monyet tersebut menjadi garang dan boleh mencederakan pengunjung.

.jpg)



Semasa mengunjungi bandar Ipoh, bahasa yang harus kita ucapkan adalah bahasa kantonis. Hal ini demikian kerana semua atau kebanyakan restoran atau kedai makan di sana menggunakan bahasa tersebut untuk berkomunikasi. Mereka jarang sekali menggunakan bahasa Mandarin untuk berkomunikasi dan ini menyukarkan saya untuk memahami berbanding dengan rakan-rakan saya yang memahaminya.
Kesimpulannya, kunjungan saya ke Ipoh telah memberikan saya banyak pengetahuan tentang pertumbuhan bandar Ipoh tersebut dan budaya mereka.